LOlz
I found it in my Email..
Remember to laugh, hahhahahhahaha.........
sry no English version only got malay

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat
pagi sahaja? Petang dan malam
awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam
Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah
dibuat oleh orang! Kata
selamat sejahtera! Senang dan
penuh bermakna. Lagipun ucapan
ini meliputi semua masa dan
keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini
baik-baik. Hari ini Cikgu nak
uji kamu semua tentang
perkataan berlawan. Bila Cikgu
sebutkan perkataannya, kamu
semua mesti menjawab dengan
cepat, lawan bagi perkataan-
perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa
gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh
sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai

0 Responses